Penting !
Assalamualaikum ♥
Ramainya adik adik saya yang membuat status seperti ini :')
"Nak fake relay satu boleh?"
"Siapa nak couple dengan saya?"
"Nak pakwe satu! Anyone?"
"Still single. Who want to be my couple?"
Setiap kali 'abang' baca status adik-adik, abang selalu buat mimik muka abang sewaktu abang buka penutup jamban di tandas awam...
Bila orang cakap adik murah, adik selalu cakap, "kau bukan Tuhan nak judge2 orang."
Bila orang cakap adik gedik, adik selalu cakap, "setiap orang buat dosa. kau pun bukan perfect sangat."
Bila orang burukkan adik, adik selalu cakap, "please don't bash me. setiap orang ada cerita masing-masing. aku tak pernah sebarkan aib orang. kau tahu tak berdosa bila sebarkan aib orang?"
Hakikatnya, walau apa jua pun ceritanya, adik tetap bersalah dalam hal ini. Adik tawarkan diri untok couple dengan orang lain? Tahukah adik pekerjaan apa yang serupa dengan perbuatan adik itu?
PELACUR.
Pelacur sahaja yang meminta-minta maruahnya dirobek. Malah, adik buat lebih teruk daripada pelacur. Pelacur tak meminta-minta di Facebook. Kalau adik ada 2000 friends di Facebook,maknanya adik meminta-minta kepada 2000 orang untok maruah adik digadai. Adik ingat,bila adik buat benda tu, orang akan kata adik hot ke? Atau adik rasa, adik akan dapat pasangan terbaik ke? TIDAK. Orang akan mengata adik dan orang akan sentiasa memandang rendah terhadap adik.
Pasangan yang akan couple dengan adik bukan orang yang baik, kerana orang yang baik takkan suka perempuan murah. Sedangkan orang yang kurang baik pun tak nak perempuan murah, apatah lagilah orang baik ye tak?
Orang akan memandang rendah terhadap adik. Orang cakap adik murah, orang cakap adik desperate, orang cakap adik poyo, orang cakap adik jahat. Lepas tu adik kata mereka suka judge orang kan? Padahal dik, adik sendiri yang buat orang judge adik. Kalau adik tak buat, orang tak judge. Kalau adik tak buat, orang takkan keji. Adik jangan salahkan orang. Salahkan diri sendiri.
Buruk sangat perangai tu, dik. Bila adik sunyi, couple bukan penyelesaian. Adik ada mak ayah. Kalau tiada, adik ada kawan-kawan. Kalau tiada, adik ada orang sekeliling. Kalau adik tiada sesiapa, adik jadilah orang yang soleh dan solehah kerana Allah sentiasa ada untok adik.
Perangai yang buruk, ibarat tahi. Meminta-minta couple kepada orang itu adalah perbuatan buruk. Meminta-minta couple kepada orang dikhalayak ramai, maka berlonggok-longgok tahi dicampak ke seluruh badan adik. Bila orang kata adik busuk, adik marah orang tu. Apa yang adik buat, sebenarnya adik perlu bersihkan semula tahi itu. Cara membersihkannya adalah dengan taubat dan tidak mengulangi perbuatan itu.
Adik, perjalanan maseh jauh. Di universiti,di tempat kerja, di mana-mana yang adik akan berada, ramai lagi peneman sunyi adik. Kita nak couple, kena pastikan kita dah confirm nak kahwin dengan orang tu. Kalau setakat nak couple dua tiga bulan lepas tu clash, buang masa sahaja. Dahlah duit topup mak ayah bagi. Ingat sebelum terkena.
Copy and paste :)
Gwiyomi
Assalamualaikum ♥
Hahahha gedik sangat rasanyaaa. :')
Thanks for watching ! Muahhhh. :*
Melaka yang awesomeee.
Assalamualaikum ♥
Guess what ehh korang? Aku sangatlah bersyukur dengan result aku yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku dah cuba yang terbaik. Aku cuma dapat 2A 2B+ 1B 1C+ 3D. Stress aku yang D tuu, Addmath, Physics, dan Chemist. Tapi alhamdulillah, mungkin ini je rezeki aku untuk SPM ni. But it's doesn't means yang aku dah putus asa untuk tingkatkan diri ke arah yang lebih cemerlang kan? InsyaAllah, aku akan harungi sebaik mungkin. Dearest friends, tolong bagi aku dorongan k. :)
Last school's holiday, ecehhh hahahhaha rindu sekolah. Tetiba. Family aku, Maktam, dan tok, pergi ke Melaka. Lawatan sambil belajar laa konon gituuu, teringat rombongan dulu kala haha. Apahal aku ni nak cerita pun tak senang. Weollsss pergi dua kereta which are satu kereta mak ayah adik adik aku, and another kereta aku drive Maktam dan tok. Hihi first time drive jauh gini. Tok pun tak habis habis terharu sebab aku ni sempat bawa dia berjalan jauh jauh. Alhamdulillah tok, Nurul sempat bawa tok berjalan jauh. :')
Takdelah susah mana drive manual ni, cuma bila sampai kat Seremban tuu macam nak pengsan lah kan sebab jam teruk gila ! Haa nampak tak betapa gilanya sampai aku highlight warna merah. Blablabla sampai laa Melaka. Letih nak menaip dah, paham paham lah yee hahahha. Berhenti rehat di R&R Ayer Keroh then roger roger Amir, dia sampai. See? Betapa sporting-nya family aku hihi teruja.
Okay lepas ni gambar pulak yang cerita k hihi. Bosan pulak nak membaca nanti kannn hahahha --'
Muka annoying bersama adik bongsu, terpaksa cover guna misai. Ikut tema laa katakannnn
Adik kedua bersama my hero, Ayah. :)
Allright. Dari kiri : Maktam, Ibu, adik ketiga, Tok.
Destinasi : Taman Mini Malaysia & Asean.
Dari kiri : Amir dukung adik bongsu, Ibu, Ayah, adik ketiga.
Kami special tourist. Masa ni dorang menari sebab kami yang request. Hihi zapin.
Hari berikutnya, jalan ke Bandar Melaka. Menara Taming Sari.
Amir, my onlyyyy best listener. Hihi
Kalau datang Melaka, jangan ketinggalan cuba Coconut Shake. Yang ni dari Klebang. Sangat sedap !
Sebenarnya selepas naik Taming Sari, aku berpisah dengan family sekejap sebab aku pi jenjalan dengan Amir kat Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, and so on. Jalan jalan, minum minum. Itu jee. Tapi takpaa, asalkan daapat jumpa.
And lastly, tak lupa nak pamerkan gambar tak semenggah kami. Hihi !
Gambar terakhir berdua. ♥
Thanks for reading. *muahh setepekkk.
Gagal memasak dengan sempurna.
Assalamualaikum ♥
Terasa nak masak Maggi. Tengok almari ambil sebungkus Maggi Kari then pergi dapur, nyalakan api *cehh macam zaman batu dah. Ambil kuali, tuang minyak campak bawang putih serta bawang merah yang sudah diblend. Buka perencah Maggi, then lempar dalam kuali. Kacau kacau. Buka peti ais, cari sosej, dan tadaaaaa tengoklah dalam kuali, mereka HANGUS ! Shit ! Ahh takpe, teruskan jugak. Boleh cover. Hikhik
Tuang air dalam kuali, potong sosej. Masukkan sosej tersebut bersama bahan-bahan yang tak berperikemanusiaan tadi. Baling Maggi dalam kuali. Masukkan sebiji telur dengan sopan santun. Ahakkk ! Tunggu sehingga masak. Dan, hidangkan.
Hasilnya, tadaaaaaa !
Rasanya? Haaa macam mana? Perut lapar, semuanya sedap kannn? Not bad. Kahkahkah. Makan pejam mata sajaa.
Thanks for reading. *muahh setepekk