Dashboard
Melaka yang awesomeee.

Assalamualaikum 

Guess what ehh korang? Aku sangatlah bersyukur dengan result aku yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku dah cuba yang terbaik. Aku cuma dapat 2A 2B+ 1B 1C+ 3D. Stress aku yang D tuu, Addmath, Physics, dan Chemist. Tapi alhamdulillah, mungkin ini je rezeki aku untuk SPM ni. But it's doesn't means yang aku dah putus asa untuk tingkatkan diri ke arah yang lebih cemerlang kan? InsyaAllah, aku akan harungi sebaik mungkin. Dearest friends, tolong bagi aku dorongan k. :)

Last school's holiday, ecehhh hahahhaha rindu sekolah. Tetiba. Family aku, Maktam, dan tok, pergi ke Melaka. Lawatan sambil belajar laa konon gituuu, teringat rombongan dulu kala haha. Apahal aku ni nak cerita pun tak senang. Weollsss pergi dua kereta which are satu kereta mak ayah adik adik aku, and another kereta aku drive Maktam dan tok. Hihi first time drive jauh gini. Tok pun tak habis habis terharu sebab aku ni sempat bawa dia berjalan jauh jauh. Alhamdulillah tok, Nurul sempat bawa tok berjalan jauh. :')

Takdelah susah mana drive manual ni, cuma bila sampai kat Seremban tuu macam nak pengsan lah kan sebab jam teruk gila ! Haa nampak tak betapa gilanya sampai aku highlight warna merah. Blablabla sampai laa Melaka. Letih nak menaip dah, paham paham lah yee hahahha. Berhenti rehat di R&R Ayer Keroh then roger roger Amir, dia sampai. See? Betapa sporting-nya family aku hihi teruja.

Okay lepas ni gambar pulak yang cerita k hihi. Bosan pulak nak membaca nanti kannn hahahha --'

Muka annoying bersama adik bongsu, terpaksa cover guna misai. Ikut tema laa katakannnn

Adik kedua bersama my hero, Ayah. :)

Allright. Dari kiri : Maktam, Ibu, adik ketiga, Tok. 

Destinasi : Taman Mini Malaysia & Asean.

Dari kiri : Amir dukung adik bongsu, Ibu, Ayah, adik ketiga.

Kami special tourist. Masa ni dorang menari sebab kami yang request. Hihi zapin.

Hari berikutnya, jalan ke Bandar Melaka. Menara Taming Sari.

Amir, my onlyyyy best listener. Hihi

Kalau datang Melaka, jangan ketinggalan cuba Coconut Shake. Yang ni dari Klebang. Sangat sedap !

Sebenarnya selepas naik Taming Sari, aku berpisah dengan family sekejap sebab aku pi jenjalan dengan Amir kat  Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, and so on. Jalan jalan, minum minum. Itu jee. Tapi takpaa, asalkan daapat jumpa.

And lastly, tak lupa nak pamerkan gambar tak semenggah kami. Hihi !

Gambar terakhir berdua. 

Thanks for reading. *muahh setepekkk.